Perbezaan Cek Rosak, Terimaan Cek Batal, & Baucar Batal

 1. CEK ROSAK 

- dikenali sebagai cek yang rosak fizikalnya.

- dimakan anai-anai, terkoyak sebelum tulis

- terdapat kecacatan yang tidak sepatutnya

- pastikan ianya belum bertulis lagi.

- sila cop dibatalkan dan tandatangan ketua jabatan 

- Sistem : sila laporkan sebagai cek rosak 

- Cara : Modul Bayaran ; Cek Rosak ; masukkan tarikh dan sebab ; simpan

- Kesalahan : sekolah menyediakan cek tapi salah tulis sebelum key in baucar bukanlah dikenali sebagai cek rosak.


2. TERIMAAN CEK BATAL

- dikenali sebagai terimaan pulangan cek sekolah kita.

- pembekal kehilangan cek sekolah

- telah berada di tangan pembekal tetapi tersalah jumlah

- telah berada di tangan pembekal akan tetapi nama pembekal tidak aktif dan memerlukan pertukaran gantian nama cek

- pihak bank reject disebabkan tandatangan salah, jumlah salah

- senang cerita,cek yang telah keluar dari sekolah atau sudah berlainan bulan

- Dokumen : dapatkan surat/dokumen berkaitan sebab-sebabnya.

- Sistem : sila buat terimaan cek batal

- Cara : 

A. modul terimaan ; terimaan cek batal ; pilih no cek ; masukkan tarikh ; simpan

B. Sila buat pembayaran semula jika perlu (diingatkan tidak perlu daftar kembali bil kerana bil telah muncul semula) bagi bil yang tiada perubahan bolehlah terus dibayar,bagi pertukaran nama atau jumlah,sila batalkan bil (ID PGB) dan daftar kembali

C. Sila semak kembali bahawa status pembayaran baucar lama telah bertukar status : cek batal. Pada hujung bulan pastikan KKK imbang.

- Kesalahan : Sekolah mengedit bil, maka Kunci Kira-Kira tidak imbang Sekolah membuat pembayaran bersama bil semasa dan gantian bil (ABB) bagi kes lain tahun.


3. BAUCAR BATAL

- baucar disediakan dan kemudian cek akan tetapi tdapat kesalahan ejaan pd cek tersbut

- baucar dan cek tersedia cantik akan tetapi PGB tsalah sign.

- baucar ready,cek dh tulis tp kene air

- baucer terslah keyin jumlah pbayaran 

- baucar salah nama

- Sistem : dikenali sbgai baucar batal (pada bulan yang sama)

- Cara : 

modul bayaran ; senarai bayaran ; pilih bulan dan cari baucarnya ; tekan button X. 

(Bagi baucar caj bank,sila untickkn dlu baucar,baru lah batalkan)


Sekian,sekiranya dapat membantu dan memperjelaskan lagi tentang konsep cek rosak, terimaan cek batal dan baucar batal...

Comments

Popular Posts